Saturday, January 9, 2010

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada cuti akhir tahun 2009 saya sekeluarga telah dibawa oleh abah saya melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Ketika di Melaka saya telah menginap di Hotel Mahkota Parade. Saya ke sana selama empat hari.

Saya telah berpeluang menaiki bot menyusuri sungai Melaka, menaiki Menara Tamingsari, melawat sekitar Bukit St. Paul dan pusat beli belah sekitar Mahkota Parade. Namun yang paling saya seronok adalah mandi kolam di Hotel Mahkota Parade.



Saturday, August 1, 2009

Bersunat

"Sakit sikit-sikit", jawab saya ketika ditanya oleh
Datuk Seri Abdul Rashid bin Abdullah.


Saya telah bersunat di Surau Al-Ikhwan, Bandar Tasek Mutiara pada tahun 2007. Majlis bersunat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketika hendak bersunat, saya berasa amat takut tetapi saya tetap bersemangat untuk bersunat pada hari itu. Ramai yang menangis kerana ketakutan. Bagaimanapun saya tidak menangis seperti mereka.

Saya rasa amat bersyukur kerana selamat menjalani sunat. Lebih istimewa kerana majlis itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan beliau turut bertanyakan keadaan saya.

Thursday, January 1, 2009

Salam Pertemuan


Assalamualaikum.

Saya Muhammad Irfan bin Ishak. Saya bersekolah di SK Bukit Minyak, Bukit Mertajam.
Ini adalah blog pertama saya. Saya harap blog ini dapat dikunjungi oleh rakan-rakan dan guru-guru saya. Saya ada Myspace kalau nak add ini dia e-melnya irfan_btm@yahoo.com. InsyaAllah, saya akan masukkan banyak berita tentang saya dan juga sekolah saya.

Tunggu ...