Saturday, August 1, 2009

Bersunat

"Sakit sikit-sikit", jawab saya ketika ditanya oleh
Datuk Seri Abdul Rashid bin Abdullah.


Saya telah bersunat di Surau Al-Ikhwan, Bandar Tasek Mutiara pada tahun 2007. Majlis bersunat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketika hendak bersunat, saya berasa amat takut tetapi saya tetap bersemangat untuk bersunat pada hari itu. Ramai yang menangis kerana ketakutan. Bagaimanapun saya tidak menangis seperti mereka.

Saya rasa amat bersyukur kerana selamat menjalani sunat. Lebih istimewa kerana majlis itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan beliau turut bertanyakan keadaan saya.